Thursday, 18 October 2012

Majlis Graduasi SMK Gombak Setia...

Majlis dijangka berlangsung pada 21 Oktober 2012,sesi gambar potret memakan masa dua hari disebabkan jumlah pelajar tingkatan 5&6 seramai 325 orang,berikut sebahagian daripada sessi fotografi yang dijalankan...

 

izieda crew's

 

 





Wednesday, 17 October 2012

Majlis Graduasi 2012...SAM Hulu Langat...

Majlis berlangsung selama 3 hari...hari pertama sesi mengambil gambar potret,hari kedua sesi bergambar mengikut kelas dan hari ketiga berlangsung di Hotel Residence Uniten. Apa pun SAM Hulu Langat memang mempunyai barisan guru-guru yang mantap dan terbaik,mereka memberi kerjasama yang amat-amat diperlukan oleh semua jurugambar,jadi kuranglah masalah komunikasi kerana mereka bersikap profesional dan kami amat-amat memerlukan profesionalisme...Insya Allah tahun depan jemputlah kami lagi ye...




Tuesday, 16 October 2012

Pantai Kuala Linggi...

Selat Melaka saujana mata memandang,pantai Kuala Linggi yang bersejarah destinasi yang sesuai untuk berehat dan menenangkan fikiran,memang sungguh bagai dikata jiwa rasa tenang bersantai di tepian pantai disinari cahaya bulan,desiran angin ,ombak yang membelah pantai,terasa diri asing di tempat yang aman damai ini...Pasti akan datang lagi suatu hari nanti kerana rindu akan ketenangan itu...

 


Lewat pagi di Seremban...


Lewat pagi di bandar Seremban,gambar diambil dalam pukul 3 pagi...tengok jalan lengang pemandangan menarik...agak cantik dengan cahaya lampu yang pelbagai...