Sunday 23 December 2012

Wedding 22 Dis 2012 - Nurul&Zuma...

Bertempat di Kuala Kubu Bharu,majlis yang mengambil masa 2 hari di rumah pengantin perempuan secara keseluruhannya berjalan dengan lancar,Alhamdulillah walaupun hujan sekejap tapi tak mengganggu perjalanan majlis,outdoor lokasi bertempat di air terjun Sg. Chilling dan empangan Peretak...tahniah Nurul&Zuma semoga berkekalan sehingga ke hujung usia...







Thursday 8 November 2012

cerita seorang editor pt.2...

Rasanya task untuk SMK Gombak Setia dah betul-betul selesai,gambar atas stage dan potret dah edit dan print dah diserahkan kepada sekolah tersebut,bersama dengan soft copy copyright control...cari back up dan siap jugak copy sebanyak 325 keping...selesai tugasan dan menanti tugasan berikut...musim cuti sekolah...majlis kahwin...

 
sekali dengan gambar tadika hulu kelang




 


 
 selesai task....

Wednesday 7 November 2012

Pelajar terbaik SMK Gombak Setia...

Antara pelajar-pelajar terbaik SMK Gombak Setia...bakal dan mungkin sedang menduduki exam sekarang...selamat maju jaya...










 
















Thursday 25 October 2012

Cerita seorang editor...

Kadang-kadang orang tak tau nilai gambar mereka kalau tidak diedit,kalau dah memang cantik mungkin perlu touch up sikit-sikit je,tapi kalau tak cantik kenalah diedit,nak edit ikut mood kalau mood hilang,idea pun hilang,baik-baik edit gambar tukar acara main game hehe...jangan dipertikai kalau harga gambar itu mahal(taklah mahal mana pun) dari gambar print sendiri,ini kerana nilai seni seorang editor...di sebalik keanggunan gambar itu tersembunyi penat lelah seorang editor yang tak tidur malam nak menyelesaikan tugasannya mengedit gambar...selesai satu tugasan...




Monday 22 October 2012

Majlis Graduasi SMK Gombak Setia...

Bertempat di Perangsang Golf Club Templer Park pada 21 Oktober majlis graduasi SMK Gombak Setia telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kami telah datang seawal 0800 pagi untuk menentukan tempat terbaik untuk mengambil gambar. Dengan kedudukan stage yang tinggi kami terpaksa memikirkan cara terbaik untuk memastikan kualiti gambar dan sudut tidak terjejas. Alhamdulillah semuanya berlaku seperti dalam perancangan...












Saturday 20 October 2012

Majlis Graduasi Tabika Kemas Perumahan Andalas...

Majlis berlangsung di laman pengantin Setiawangsa,sessi bergambar potret memang rumit memandangkan kerenah kanak-kanak yang pelbagai,nak kata senyum macam nangis,bila natural senyumnya nampak over,bila suruh pandang lens dia pandang tempat lain,bila semua dah ok dia pejam mata pulak hehehe...alhamdulillah sessi berjalan dengan jayanya...dah siap edit dan print tunggu untuk dihantar kepada pelanggan...next year panggil kami lagi...

 

bakal pemimpin negara...